Sekolah Kebangsaan Felda Linggiu terletak 32 km daripada pusat bandar, Kota Tinggi, merupakan sekolah di
perkampungan Felda. Ia menghala ke arah Bandar Kluang daripada perkampungan
Batu 4, Jalan Kluang.
Asalnya kawasan ini adalah hutan
tebal dihuni binatang buas dan penduduk orang asli. Kawasan geografinya terdiri
daripada bukit bukau, lembah, gaung dan sebatang sungai yang menjadi sempadan
perkampungan.
Dalam RMK 4 kawasan ini dijadikan kawasan penempatan FELDA .
Awal tahun
1982, kawasan ini dibangunkan sebagai Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan
Linggiu sempena nama sungai disini.
SK LKTP
Linggiu dibuka pada Januari 1982 bagi menampung persekolahan anak-anak peneroka
Felda Linggiu dengan satu blok bangunan sekolah
dua tingkat dan 1 bangunan kantin.
Sekolah
bermula dengan murid seramai 268 orang (256 Melayu, 6 Cina, 4 India) dengan 10
orang guru dan 1 PAR sekolah.
Sekolah ini
dinaikkan ke gred A pada tahun 1992.
Jumlah murid tertinggi
pernah dicapai seramai 731 pada tahun 1990 dengan 31 orang guru dan 5 staf
sokongan. Kini muridnya hanya 203 orang dengan 20 orang guru 7 orang staf
sokongan.
Guru Besar pertama ialah
Kapten Idris Bin Mohammad pada tahun 1982-1983.


