Followers

Monday, 5 March 2012

Sejarah Sekolah

 





Sekolah Kebangsaan Felda Linggiu terletak 32 km daripada pusat bandar, Kota Tinggi, merupakan sekolah di perkampungan Felda. Ia menghala ke arah Bandar Kluang daripada perkampungan Batu 4, Jalan Kluang.
  
  Asalnya kawasan ini adalah hutan tebal dihuni binatang buas dan penduduk orang asli. Kawasan geografinya terdiri daripada bukit bukau, lembah, gaung dan sebatang sungai yang menjadi sempadan perkampungan.
Dalam RMK 4 kawasan ini dijadikan kawasan penempatan FELDA .
 
Awal tahun 1982, kawasan ini dibangunkan sebagai Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan Linggiu sempena nama sungai disini.

SK LKTP Linggiu dibuka pada Januari 1982 bagi menampung persekolahan anak-anak peneroka Felda Linggiu dengan satu blok bangunan sekolah dua tingkat dan 1 bangunan kantin.







Sekolah bermula dengan murid seramai 268 orang (256 Melayu, 6 Cina, 4 India) dengan 10 orang guru dan 1 PAR sekolah.

Sekolah ini dinaikkan ke gred A pada tahun 1992.

Jumlah murid tertinggi pernah dicapai seramai 731 pada tahun 1990 dengan 31 orang guru dan 5 staf sokongan. Kini muridnya hanya 203 orang dengan 20 orang guru 7 orang staf sokongan.

Guru Besar pertama ialah Kapten Idris Bin Mohammad pada tahun 1982-1983.